Activities

Making The Video 16/4/2009


Assalamualaikum nak...

Pak aji ni salah seorang wakil ahli kugiran D-Hask yang ingin menyampaikan cerita kepada anak-anak yang dilanda kedukaan, kemurungan dan stress.. agar cerita pak aji ni, dapat menghiburkan sedikit sebanyak. Pak aji ni sudah lama kenal dengan budak-budak ni, cuma pak aji busy dengan kerja-kerja mengobati orang-orang sakit dukun mendukun la kononya. Tapi tak pasal-pasal pulak budak-budak ni paksa pak aji untuk mengarang cerita tentang budak-budak ni. Ini dah kira lari alignment dari tugas sebenar pak aji. Tapi takpe lah.. pak aji pun mahu juga blajar apani.. blogging, surfing.. haaa pak aji nak buat apa tu.. 'Prensta?' 'Prestaa?' 'Prengsta?' 'Tubby tasta?' alaa.. yang budak zaman sekarang suka tu.. aa? apa?? oooohhh Friendster.. aa tu la..

OK lah anak-anak, pak aji cerita la ni kisah budak-budak lima sahabat yang sedang dalam pembikinan Video clip 'KAMU ADALAH MIMPI BURUK KU' dan 'SEBERAPA DETIK MENYENTUH MU' , hebat sungguh budak-budak ni, Pak aji pun ada juga lagu, cuma takde masa je nak masuk studio.. alaa malas la pak aji, kalau masuk radio tentu laris.., nak tau tajuk lagu nya? haa.. tajuk nya 'Seberapa detik aku mimpi basah'.

Terlebih dahulu pak aji nak sampaikan pesanan budak-budak ni, diorang kata, TERIMA KASIH kepada MEGABOND prod dan PENERBIT yang sudi menerbit dan bertungkus lumus dalam pembikinan VC ni. Tak lupa juga pada pak aji sendiri kerana betungkus usus sampai telondeh kain pak aji jadi pengarang ni.

Budak-budak ni seperti biasalah berkumpul di studio dulu, menghabiskan masa dan air liur dan planning apa nak dibuat di studio.Sambil tu diorang ni packing-packing barang.Lepas tu tarus lah budak2 ni mulakan perjalanan dimulai dengan bacaan Bismillah.. haa jgn lupa, kita mesti amalkan baca Bismillah dlu, walau apa pun yang kita buat, Coba lah.. kuatkan hati.. kuat kan semangat.. baca Bismillah.

Sampai saja disana, Krew and Producer pun sudah siap sedia, so budak2 ni tahu menghafal skrip saja.


Sesi Interview bersama budak-budak ni
Producer dari RTB
Lepas interview baru lah shooting bermula, Tengok ajelah... Pak aji jealous tauu..

haa.. budak-budak ini kan, memang tak boleh berdiri depan camera, tentu ada saja benda pelik yang diorang buat.Tak tau lah macam mana nak melarang budak2 ni, ish pening pak aji di buat nya, kadang-kadang sampai pak aji meraung cam orang gila, kadang2 tu ada la juga sampai pengsan, lantak kau lah budak2..


yang ni lagi satu, post graduate stuntman ..

Sedang budak-budak ini bergambar, sempat juga mereka beramah mesra dan berkenalan dengan 'Hell Boy' tak sangka ye , wujud juga hellboy ne, tapi tak sama la dengan dalam wayang.. yang dalam wayang tu nampak tough, tapi yang ni.. lendir semacam dan nampak membulat, tengok tu .. muka hapy.. tengok.. hellboy pakai kasut sport.. apa punya hellboy..


Hellboy pun dengan senang hati mengajar budak-budak ni terbang, sebab terlalu gembira kerana di bawa photo shooting dan stiap sorang minta signature hellboy ni.


Haaa anak-anak, itu lah saja cerita yang pak aji nak cerita.. hehe syok tak? ha yang bawah ni lah gambar pak aji... sekian anak-anak.. jumpa lagi...


Salam manis dan sayang,

Pak Haji

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

HIT COUNTER